Kelas Menulis Rumi Ke Jawi Online
20 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2018 Sabtu, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Kelas Menulis Rumi Ke Jawi Online. Kelas ini diadakan bertujuan bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan yang berasaskan ICT dan komputer.
Kelebihan mengikuti kelas ini adalah peserta dapat mengenal huruf Hijaiyah, menukar perkataan rumi ke jawi secara atas talian serta mempelajari tulisan jawi dengan lebih interaktif.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah menulis biodata dalam rumi, menulis biodata dalam jawi, mengenal huruf Hijaiyah, menggunakan keyboard huruf Hijaiyah dan sesi penyampaian hadiah kepada 3 peserta terbaik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: